theme-sticky-logo-alt
July 1, 2026
29 Views

“Pegawai SPRM Diberi Tempoh Sebulan Untuk Isytihar Harta,”-Abd Halim Aman

KUALA LUMPUR: Semua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan pengisytiharan harta bermula hari ini. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pelaksanaan itu dibuat berdasarkan Pekeliling Kerahsiaan Maklumat serta Pekeliling Pengisytiharan Harta SPRM. Menurut berita harian, walaupun arahan berkuat kuasa hari ini, setiap pegawai diberikan tempoh sebulan untuk... Read More

KUALA LUMPUR: Semua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi tempoh sebulan untuk melengkapkan pengisytiharan harta bermula hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pelaksanaan itu dibuat berdasarkan Pekeliling Kerahsiaan Maklumat serta Pekeliling Pengisytiharan Harta SPRM.

Menurut berita harian, walaupun arahan berkuat kuasa hari ini, setiap pegawai diberikan tempoh sebulan untuk melengkapkan pengisytiharan berkenaan.

Perkara itu diputuskan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Pengarah-Pengarah SPRM di ibu pejabat agensi itu, yang merupakan pertemuan rasmi bersama ketua-ketua bahagian selepas mengambil alih kepimpinan SPRM pada 13 Mei lalu.

Dalam mesyuarat sama, Abd Halim turut mengarahkan pengarah-pengarah bahagian mengamalkan budaya kerja positif bagi membangunkan bakat baharu, selain memastikan hala tuju pengurusan yang jelas dalam kalangan pegawai kanan.

Beliau berkata, kejayaan SPRM tidak hanya bergantung kepada operasi semata-mata, sebaliknya memerlukan pengurusan yang cekap dan berkesan.

“Kecekapan pengurusan adalah penanda aras utama kejayaan organisasi, melangkaui pencapaian operasi semata-mata dan kejayaan organisasi ini bukan hanya diukur melalui pencapaian operasi, tetapi juga melalui kecekapan pengurusannya.

“Jadi pengarah-pengarah perlu membangunkan bakat pegawai di bawah seliaan, membentuk budaya kerja positif dan memastikan hala tuju yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading