KLUANG — Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap bakal menyaksikan saingan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 apabila penyandangnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berdepan cabaran daripada calon Pakatan Harapan (PH)-Amanah, Nur Hafiz Roslan.
Menurut Sinar Harian, Onn Hafiz yang juga Pengerusi UMNO Johor dan Barisan Nasional (BN) Johor akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRN Johor 2022.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Machap, Mohd Izzul Helmi Ahmad, mengumumkan senarai calon yang layak bertanding di Dewan Muafakat Majlis Daerah Simpang Renggam sejurus tamat proses penamaan calon pada jam 10 pagi.
Terdahulu, ratusan penyokong kedua-dua parti berhimpun di pekarangan pusat penamaan calon seawal pagi bagi memberi sokongan kepada calon masing-masing, dengan penyokong BN dan PH melaungkan kata-kata semangat sepanjang proses berkenaan.








