theme-sticky-logo-alt
June 23, 2026
62 Views

Mbappe Kejar Rekod Messi

Perancis mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Iraq 3-0 dalam aksi Kumpulan I di Philadelphia, hari ini. Kapten Perancis, Kylian Mbappe menjadi watak utama kemenangan itu apabila meledak dua gol, manakala Ousmane Dembele turut mencatat nama selaku penjaring bagi melengkapkan kemenangan bergaya pasukan pilihan kejohanan tersebut. Dua jaringan itu turut... Read More

Perancis mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Iraq 3-0 dalam aksi Kumpulan I di Philadelphia, hari ini.

Kapten Perancis, Kylian Mbappe menjadi watak utama kemenangan itu apabila meledak dua gol, manakala Ousmane Dembele turut mencatat nama selaku penjaring bagi melengkapkan kemenangan bergaya pasukan pilihan kejohanan tersebut.

Dua jaringan itu turut menjadikan Mbappe kini mengumpul 16 gol sepanjang kariernya di pentas Piala Dunia, menyamai rekod Miroslav Klose dan hanya dua gol di belakang Lionel Messi dalam senarai penjaring terbanyak kejohanan itu.

Mbappe membuka jaringan pada babak pertama menerusi rembatan dari luar kotak penalti, sebelum menambah gol kedua selepas rehat hasil gerakan serangan yang turut melibatkan Dembele.

Dembele kemudian menutup malam cemerlang Perancis dengan gol ketiga, sekali gus memastikan Iraq gagal mencari jalan untuk bangkit.

Perlawanan itu turut berdepan gangguan cuaca apabila aksi tertangguh hampir dua jam susulan ribut petir di sekitar stadium.

Bagaimanapun, kelewatan tersebut tidak menjejaskan rentak Perancis yang terus menguasai permainan selepas perlawanan disambung semula.

Kemenangan itu menyaksikan Perancis terus mengekalkan rekod sempurna dalam Kumpulan I selepas turut menewaskan Senegal 3-1 dalam aksi pembukaan.

Skuad kendalian Didier Deschamps kini akan berdepan Norway dalam perlawanan terakhir kumpulan, yang dijangka menentukan kedudukan teratas kumpulan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1