theme-sticky-logo-alt
June 23, 2026
34 Views

“Sedih Nak Lawan Rakan-Rakan,”- Mohamad Sabu

TANGKAK: Presiden Amanah, Mohamad Sabu melahirkan rasa kecewa apabila Pakatan Harapan (PH) terpaksa berdepan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. Berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan di Bukit Gambir, Tangkak malam tadi, Mohamad yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu menyifatkan pemimpin UMNO sebagai “rakan-rakan” mereka di peringkat kerajaan... Read More

TANGKAK: Presiden Amanah, Mohamad Sabu melahirkan rasa kecewa apabila Pakatan Harapan (PH) terpaksa berdepan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan di Bukit Gambir, Tangkak malam tadi, Mohamad yang lebih mesra dikenali sebagai Mat Sabu menyifatkan pemimpin UMNO sebagai “rakan-rakan” mereka di peringkat kerajaan Persekutuan.

“Kita memanglah sedih nak lawan dengan rakan-rakan kita. Dalam mesyuarat Kabinet memang Setiausaha Agung Anthony Loke duduk sebelah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. Saya duduk di sebelah Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan.

“Kami berlawak, kami bergurau. Mari sini, nak berlawan. Tapi apa boleh buat? Itu pilihan mereka.

“Maka kita pun sebut, nak kawan pun boleh, lawan pun boleh,” katanya.

Kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu disambut tepukan oleh hadirin yang hadir pada majlis berkenaan.- Malaysia Kini

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading