theme-sticky-logo-alt
June 20, 2026
31 Views

“Onn Hafiz Tak Perlu Bimbang Siapa Calon Menteri Besar PH Johor,”- Zaliha Mustafa

Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menyifatkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi tidak perlu terlalu bimbang berhubung siapa calon Menteri Besar Pakatan Harapan (PH). Dalam hantaran di Facebook, Zaliha berkata PH mempunyai ramai pemimpin yang layak, berwibawa dan berintegriti untuk memikul amanah itu sekiranya diberikan mandat oleh rakyat. Menurutnya, apa yang... Read More

Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menyifatkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi tidak perlu terlalu bimbang berhubung siapa calon Menteri Besar Pakatan Harapan (PH).

Dalam hantaran di Facebook, Zaliha berkata PH mempunyai ramai pemimpin yang layak, berwibawa dan berintegriti untuk memikul amanah itu sekiranya diberikan mandat oleh rakyat.

Menurutnya, apa yang menghairankan ialah apabila Onn Hafiz mendesak PH mengumumkan calon Menteri Besar atas alasan rakyat berhak mengetahui perkara itu, namun pada masa sama menyatakan bahawa status “poster boy” bukan jaminan seseorang akan dilantik sebagai Menteri Besar.

“Jadi yang mana satu sebenarnya? Jika pelantikan Menteri Besar akhirnya tertakluk kepada proses dan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor, mengapa isu ini dijadikan polemik politik oleh beliau?” katanya.

Zaliha berkata PH menghormati sepenuhnya Undang-Undang Tubuh Negeri Johor serta kuasa DYMM Sultan Johor dalam melantik Menteri Besar.

Katanya, atas sebab itu PH tidak terlalu ghairah bermain politik persepsi atau menjadikan isu jawatan sebagai modal kempen.

“Malah, rakyat Johor juga masih ingat apa yang berlaku pada PRN Johor yang lalu apabila UMNO dan BN menampilkan Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai wajah utama dan ‘poster boy’ mereka. Namun akhirnya, yang dilantik sebagai Menteri Besar ialah Datuk Onn Hafiz sendiri,”

“Justeru, apabila Datuk Onn Hafiz hari ini begitu mendesak PH menamakan calon Menteri Besar, rakyat tentunya berhak bertanya sama ada beliau benar-benar bercakap tentang hak rakyat untuk tahu, atau sekadar cuba mencipta polemik politik yang beliau sendiri akui bukan penentu pelantikan Menteri Besar,” katanya.

Zaliha berkata fokus PH kekal untuk turun bertemu rakyat, mendengar masalah mereka serta menawarkan dasar dan penyelesaian yang mampu meningkatkan taraf hidup, mewujudkan peluang pekerjaan berkualiti dan memacu ekonomi Johor ke hadapan.

Menurutnya, rakyat Johor lebih berminat untuk mengetahui bagaimana masa depan mereka boleh diperbaiki, bukan siapa yang paling sibuk bermain politik persepsi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading