theme-sticky-logo-alt
June 19, 2026
28 Views

“Tahniah PAS Kerana MemecahBelahkan PN,”-P Ramasamy

KUALA LUMPUR – Pengerusi Urimai, P Ramasamy secara sinis “mengucapkan terima kasih” kepada PAS kerana didakwa memecahbelahkan perpaduan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN). Bekas pemimpin DAP itu turut mengaitkan tindakan PAS dengan perasaan cemburu terhadap kekuatan politik Bersatu yang dilihat semakin meningkat. Menurut Malaysia Kini, sekiranya PN mampu mengukuhkan kedudukan sebagai blok pembangkang yang bersatu,... Read More

KUALA LUMPUR – Pengerusi Urimai, P Ramasamy secara sinis “mengucapkan terima kasih” kepada PAS kerana didakwa memecahbelahkan perpaduan dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Bekas pemimpin DAP itu turut mengaitkan tindakan PAS dengan perasaan cemburu terhadap kekuatan politik Bersatu yang dilihat semakin meningkat.

Menurut Malaysia Kini, sekiranya PN mampu mengukuhkan kedudukan sebagai blok pembangkang yang bersatu, gabungan itu mempunyai peluang cerah untuk memenangi Pilihan Raya Umum akan datang.

Bagaimanapun, beliau berkata, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang gagal melihat peluang tersebut sehingga memberi tamparan hebat kepada PN.

“Bak kata pepatah, sejarah tercipta bukan dalam keadaan yang kita pilih sendiri, tetapi apabila peluang datang pada saat yang tepat.

“Malangnya, PAS dengan segala retorik politiknya, gagal memahami intipati politik yang penting untuk kemenangan pilihan raya.

“Kesan daripada pemutusan hubungan dengan Bersatu, kini diragui sama ada pembangkang yang dipimpin oleh PAS boleh membuat impak besar dalam politik negara.

“Ada kemungkinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan mengucapkan tahniah kepada kepimpinan PAS kerana berjaya melakukan sesuatu yang tidak mampu dicapai oleh Pakatan Harapan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading