theme-sticky-logo-alt
June 19, 2026
55 Views

“DAP Adalah Sebuah Parti Yang Ikhlas,”- Teo Nie Ching

KLUANG – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menegaskan parti itu sentiasa bersikap pragmatik dan menghormati rakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, termasuk dengan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada tahun lalu. Menurut satu hantaran di Facebook, lokasi di Kluang dipilih kerana mempunyai makna... Read More

KLUANG – Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menegaskan parti itu sentiasa bersikap pragmatik dan menghormati rakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, termasuk dengan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada tahun lalu.

Menurut satu hantaran di Facebook, lokasi di Kluang dipilih kerana mempunyai makna tersendiri memandangkan kawasan DUN Mahkota pernah menjadi saksi kepada kerjasama profesional antara UMNO dan DAP demi memastikan kemenangan calon UMNO pada PRK berkenaan.

Katanya, selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), tiada mana-mana gabungan parti yang mempunyai jumlah kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan, sekali gus mendorong Pakatan Harapan (PH) menjalin kerjasama dengan BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, sebagai rakan dalam kerajaan, DAP sentiasa mendoakan kejayaan sekutunya dan tidak pernah mengambil pendirian untuk meminggirkan UMNO ketika berdepan PRK DUN Mahkota meskipun Johor tidak mempunyai Kerajaan Perpaduan.

“Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP Kebangsaan telah membuat keputusan supaya DAP Johor, khususnya DAP Kluang, berkempen bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan BN di DUN Mahkota,” katanya.

Beliau turut mengimbau penglibatan DAP dalam Majlis Pelancaran Jentera BN bagi PRK DUN Mahkota yang menyaksikan dirinya mewakili DAP Johor pada majlis tersebut.

Menurutnya, beliau menerima pelawaan wakil BN untuk berada di atas pentas dan turut memegang bendera dacing yang diserahkan kepadanya sebagai simbol keikhlasan DAP dalam menjayakan kempen rakan kerjasama mereka dalam Kerajaan Perpaduan.

“Bukan saya tidak rasa janggal, tetapi semua ini dilakukan bagi menunjukkan keikhlasan DAP dalam membantu rakan kerja kami. Kita tidak bermuka dua, tidak mendua hati dan tidak berpura-pura.

“DAP adalah sebuah parti yang ikhlas dan tidak mengamalkan politik mulut manis, hati berbulu.

“Tak apalah. Orang berbudi, kita berbahasa. UMNO nak lawan, kita lawan sampai menang!” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading