theme-sticky-logo-alt
June 19, 2026
6 Views

Mexico Mara Ke Pusingan 32 Terbaik

MEXICO meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Piala Dunia 2026 apabila menewaskan Korea Selatan 1-0 dalam aksi Kumpulan A di Guadalajara Stadium. Selepas babak pertama yang berlangsung agak buntu, Mexico akhirnya menemui jaringan kemenangan pada awal separuh masa kedua menerusi Luis Romo. Gol itu hadir selepas kesilapan penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-gyu, yang memberi ruang... Read More

MEXICO meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Piala Dunia 2026 apabila menewaskan Korea Selatan 1-0 dalam aksi Kumpulan A di Guadalajara Stadium.

Selepas babak pertama yang berlangsung agak buntu, Mexico akhirnya menemui jaringan kemenangan pada awal separuh masa kedua menerusi Luis Romo.

Gol itu hadir selepas kesilapan penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-gyu, yang memberi ruang kepada Romo untuk menghukum lawan dan meletakkan pasukan tuan rumah di depan.

Korea Selatan cuba bangkit selepas ketinggalan, namun Mexico berjaya mempertahankan kelebihan tipis itu sehingga tamat perlawanan.

Penjaga gol Mexico, Raul Rangel, turut memainkan peranan penting apabila melakukan beberapa aksi menyelamat, termasuk ketika Korea Selatan menggandakan tekanan pada penghujung permainan.

Kemenangan itu memastikan Mexico mara ke pusingan 32 terbaik sebagai juara Kumpulan A bagi Korea Selatan, kekalahan itu belum menutup sepenuhnya peluang mereka, namun skuad Asia itu perlu mendapatkan keputusan positif dalam aksi terakhir kumpulan menentang Afrika Selatan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading