theme-sticky-logo-alt
June 18, 2026
4 Views

DR Congo Sekat Hajat Portugal

HOUSTON: Portugal gagal memulakan kempen Kumpulan K Piala Dunia 2026 dengan langkah sempurna apabila sekadar seri 1-1 menentang Republik Demokratik Congo (DR Congo) di Stadium Houston, awal pagi tadi. Skuad kendalian Roberto Martinez bermula garang apabila pemain tengah muda, Joao Neves meletakkan Portugal di hadapan seawal minit keenam hasil gerakan Pedro Neto. Sebelum Yoane Wissa... Read More

HOUSTON: Portugal gagal memulakan kempen Kumpulan K Piala Dunia 2026 dengan langkah sempurna apabila sekadar seri 1-1 menentang Republik Demokratik Congo (DR Congo) di Stadium Houston, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Roberto Martinez bermula garang apabila pemain tengah muda, Joao Neves meletakkan Portugal di hadapan seawal minit keenam hasil gerakan Pedro Neto.

Sebelum Yoane Wissa meledak gol penyamaan pada masa kecederaan babak pertama sekali gus menghadiahkan negara Afrika itu jaringan pertama dan mata sulung mereka dalam sejarah Piala Dunia.

Walaupun menguasai sebahagian besar permainan, Portugal yang diketuai Cristiano Ronaldo gagal memanfaatkan beberapa peluang terbaik untuk meraih tiga mata penuh. Bintang berusia 41 tahun itu turut terlepas dua peluang keemasan.

Keputusan itu dianggap satu tamparan awal buat Portugal yang diletakkan antara pencabar utama kejuaraan, manakala DR Congo boleh berbangga dengan pencapaian bersejarah selepas kembali ke pentas Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 52 tahun.

Portugal selepas ini dijadual berdepan Uzbekistan, sementara DR Congo akan membuat perhitungan dengan Colombia dalam aksi kedua Kumpulan K.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading