theme-sticky-logo-alt
June 16, 2026
127 Views

“Najib Dan Jho Low Dalang Penyelewengan Dana 1MDB,”- Hakim

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berpendirian bahawa bekas perdana menteri Najib Razak merupakan dalang di sebalik penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menurut Malaysia Gazette,Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, penyelewengan itu dilakukan menerusi tipu daya bersama proksi Najib, ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low. Menurutnya, Najib berganding bahu dengan Jho... Read More

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berpendirian bahawa bekas perdana menteri Najib Razak merupakan dalang di sebalik penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Malaysia Gazette,Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, penyelewengan itu dilakukan menerusi tipu daya bersama proksi Najib, ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Menurutnya, Najib berganding bahu dengan Jho Low secara berhati-hati dan teliti dalam membentuk jaringan penipuan yang kompleks menerusi transaksi yang menyebabkan dana 1MDB dipindahkan.

Sequerah berkata, dana berkenaan dipindahkan melalui pelbagai lapisan transaksi sebelum akhirnya memasuki akaun bank peribadi tertuduh.

“Mahkamah ini juga berhak mempertimbangkan bahawa tertuduh tidak mempamerkan sebarang penyesalan atas kesalahan yang dilakukan.

“Sebaliknya, tertuduh memilih untuk menyalahkan pihak lain termasuk pengurusan 1MDB. Kurangnya penyesalan ini adalah faktor yang sangat relevan untuk dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman,” katanya.

Alasan penghakiman penuh setebal 809 muka surat yang bertarikh hari ini diperoleh pihak media menerusi laman sesawang badan kehakiman.

Dokumen penghakiman itu penting bagi membolehkan Najib menyediakan rayuannya di Mahkamah Rayuan.

Collin, yang merupakan hakim bicara dalam kes tersebut, menyatakan perkara berkenaan ketika mensabitkan Najib atas kesemua 21 pertuduhan salah guna kedudukan dan empat pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB pada Disember tahun lalu.

Collin, yang kini merupakan hakim Mahkamah Persekutuan, turut menyatakan bahawa Najib bertindak menutup dan melindungi kesalahan berkaitan penyelewengan dana 1MDB, termasuk membubarkan pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan terhadap kes itu.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading