theme-sticky-logo-alt
June 16, 2026
54 Views

“Malaysia Tidak Lagi Ditadbir Oleh Kedaulatan Undang-Undang,”- Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa wujud suasana ketakutan dalam negara apabila rakyat berasa keselamatan serta perlindungan undang-undang tidak lagi terjamin. Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat bahawa sesuatu yang buruk boleh berlaku kepada mereka pada bila-bila masa. Menurutnya, ada individu yang bimbang mereka... Read More

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa wujud suasana ketakutan dalam negara apabila rakyat berasa keselamatan serta perlindungan undang-undang tidak lagi terjamin.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat bahawa sesuatu yang buruk boleh berlaku kepada mereka pada bila-bila masa.

Menurutnya, ada individu yang bimbang mereka boleh hilang, diculik atau ditemui meninggal dunia tanpa jaminan bahawa keadilan akan ditegakkan.

Dr Mahathir juga mendakwa rakyat tidak lagi merasakan mereka dilindungi oleh undang-undang, malah undang-undang itu sendiri dilihat sebagai ancaman yang boleh digunakan untuk mewajarkan tindakan yang salah.

Beliau berkata keadaan itu berpotensi membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa apabila perbuatan yang salah boleh dianggap benar, manakala tindakan yang betul pula berisiko menerima hukuman.

Selain itu, beliau mendakwa terdapat kesalahan jenayah yang jelas tidak disiasat, manakala siasatan terhadap perkara tertentu dihentikan walaupun belum terbukti sebarang kesalahan berlaku.

Dalam hantaran sama, Dr Mahathir turut menyatakan pandangannya bahawa negara kini seolah-olah tidak lagi ditadbir oleh kedaulatan undang-undang.

“Ini menimbulkan rasa takut,” katanya dalam hantaran tersebut.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading