theme-sticky-logo-alt
August 20, 2026
47 Views

“Jawatankuasa Pilihan Raya Akan Mengendali Rundingan Kerjasama,”-Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Sebarang perbincangan mengenai kemungkinan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dikendalikan oleh jawatankuasa pilihan raya kedua-dua gabungan. Menurut AWANI,Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan dibincangkan melalui saluran yang dipertanggungjawabkan seperti kelaziman dalam urusan pilihan raya. Menurut beliau, Pengarah... Read More

KUALA LUMPUR: Sebarang perbincangan mengenai kemungkinan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dikendalikan oleh jawatankuasa pilihan raya kedua-dua gabungan.

Menurut AWANI,Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu akan dibincangkan melalui saluran yang dipertanggungjawabkan seperti kelaziman dalam urusan pilihan raya.

Menurut beliau, Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari dan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menguruskan perbincangan berkaitan.

“Itu memang jawatankuasa pilihan raya yang bincang seperti biasa.

“Kita ada Amirudin dan Saifuddin untuk bincang,” katanya ringkas ketika diminta mengulas sama ada rundingan antara PH dan BN mengenai kerjasama menjelang PRN Melaka sudah bermula.

Sebelum ini, Saifuddin tidak menolak kemungkinan mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagi membincangkan kerjasama menghadapi pilihan raya negeri itu selepas Ab Rauf pulang daripada lawatan kerja di New Zealand.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula sebelum ini memaklumkan gabungan itu masih membuka ruang rundingan mengenai pengagihan kerusi bagi PRN Melaka, termasuk kemungkinan pertukaran kawasan, selagi perbincangan dilakukan secara jujur dan ikhlas.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading