theme-sticky-logo-alt
June 13, 2026
62 Views

“Saya Nak Jemput Datuk Onn Hafiz Ghazi Duduk Dalam Kereta Api Bersama Saya,”-Anthony Loke

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengundang Menteri Besar Johor, Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi, untuk menaiki KTM Komuter bersamanya sempena pelancaran inisiatif baharu perkhidmatan KTM Komuter Selatan pada Selasa depan. Menurut Berita Harian,Menteri Pengangkutan itu, perkhidmatan yang menghubungkan Kulai ke Johor Bahru tersebut dilaksanakan menggunakan peruntukan sedia ada kementeriannya tanpa memerlukan tambahan dana daripada Kementerian... Read More

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengundang Menteri Besar Johor, Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi, untuk menaiki KTM Komuter bersamanya sempena pelancaran inisiatif baharu perkhidmatan KTM Komuter Selatan pada Selasa depan.

Menurut Berita Harian,Menteri Pengangkutan itu, perkhidmatan yang menghubungkan Kulai ke Johor Bahru tersebut dilaksanakan menggunakan peruntukan sedia ada kementeriannya tanpa memerlukan tambahan dana daripada Kementerian Kewangan.

Katanya, beliau akan berada di Stesen Kulai pada tengah hari Selasa bagi merasmikan perkhidmatan berkenaan dengan menaiki kereta api dari Kulai ke Johor Bahru.

“Selaku Menteri Pengangkutan, saya akan ke Stesen Kulai pada tengah hari Selasa depan, akan naik kereta api sebagai tanda pelancaran dari Kulai sampai ke Johor Bahru. Saya nak jemput Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz.

“Saya jemput beliau sekali duduk dalam kereta api bersama saya walaupun dia kata tak nak duduk dengan DAP,” katanya.

Loke berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Negeri Sembilan di Seremban, malam tadi.

Pelawaan itu dipercayai dibuat susulan kenyataan Pengerusi Umno Johor berkenaan yang sebelum ini mendakwa beliau lebih rela tidak memegang jawatan daripada duduk semeja dengan DAP.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading