theme-sticky-logo-alt
June 12, 2026
67 Views

“DAPSY Utamakan Calon Berjiwa Muda, “- Woo Kah Leong

KUALA LUMPUR — Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) tidak akan menetapkan sebarang kuota atau peratusan calon daripada sayap itu untuk dicadangkan kepada parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan datang. Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan DAPSY, Woo Kah Leong, berkata keutamaan sayap berkenaan adalah memastikan calon yang diketengahkan memahami aspirasi golongan muda... Read More

KUALA LUMPUR — Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) tidak akan menetapkan sebarang kuota atau peratusan calon daripada sayap itu untuk dicadangkan kepada parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan datang.

Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan DAPSY, Woo Kah Leong, berkata keutamaan sayap berkenaan adalah memastikan calon yang diketengahkan memahami aspirasi golongan muda serta berupaya memperjuangkan isu yang dekat dengan kelompok tersebut.

Menurut Malaysia Gazette, perkara itu lebih penting berbanding soal jumlah calon daripada DAPSY yang akan diletakkan.

“Calon tersebut perlu ada mentaliti untuk selesaikan isu pengangguran dalam kalangan anak muda, ada mentaliti untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dan sebagainya. Itu lagi penting bagi saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Makan Malam DAPSY bersama pengamal media di Kuala Lumpur, hari ini.

Woo, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, mengulas persediaan serta jangkaan calon yang bakal diketengahkan oleh sayap itu bagi menghadapi kedua-dua PRN berkenaan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading