theme-sticky-logo-alt
June 11, 2026
32 Views

“PN Bukan Milik Mana-Mana Parti,”- Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan gabungan itu bukan milik mana-mana parti secara mutlak, sebaliknya berlandaskan perlembagaan yang dipersetujui oleh parti-parti pengasas. Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata PN akan terus diurus secara tertib, berprinsip dan berlandaskan Perlembagaan PN. Menurutnya, PAS merupakan antara parti pengasas PN dan beliau... Read More

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan gabungan itu bukan milik mana-mana parti secara mutlak, sebaliknya berlandaskan perlembagaan yang dipersetujui oleh parti-parti pengasas.

Dalam satu kenyataan media hari ini, beliau berkata PN akan terus diurus secara tertib, berprinsip dan berlandaskan Perlembagaan PN.

Menurutnya, PAS merupakan antara parti pengasas PN dan beliau sendiri adalah antara penandatangan rasmi penubuhan gabungan berkenaan.

“Sebarang tafsiran mengenai status, kedudukan dan hala tuju PN tidak boleh dibuat secara sepihak. Ia hendaklah dirujuk kepada Perlembagaan PN dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan,” katanya.

Samsuri berkata keutamaan beliau ketika ini adalah memastikan PN terus diurus secara tertib, berprinsip dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat serta negara.

Beliau yang kini menerajui PN turut menegaskan bahawa segala keputusan berkaitan gabungan itu perlu dibuat mengikut peruntukan yang telah dipersetujui dalam perlembagaannya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading