theme-sticky-logo-alt
June 7, 2026
83 Views

“Presiden Anda Setiap Minggu Duduk Sebelah Dengan Setiausaha Agung DAP, “-Anthony Loke

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke membalas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menegaskan beliau sanggup tidak memegang jawatan Menteri Besar sekiranya perlu bekerjasama dengan DAP selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad, Anthony Loke mempersoalkan pendirian tersebut dengan menyifatkan ia... Read More

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke membalas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menegaskan beliau sanggup tidak memegang jawatan Menteri Besar sekiranya perlu bekerjasama dengan DAP selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad, Anthony Loke mempersoalkan pendirian tersebut dengan menyifatkan ia bercanggah dengan realiti kerjasama di peringkat kerajaan Persekutuan.

“Anda tak nak duduk semeja dengan DAP…… Hebat! Teruskan keangkuhan kamu.

“Tapi, Presiden anda tiap-tiap minggu duduk sebelah dengan Setiausaha Agung DAP ya… harap maklum… terima kasih!” katanya.

Hantaran itu dipercayai merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang turut menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan bersama pemimpin DAP.

Terdahulu, Onn Hafiz dilaporkan menegaskan beliau rela tidak memegang jawatan Menteri Besar sekiranya terpaksa bekerjasama dengan DAP selepas PRN Johor akan datang.

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading