theme-sticky-logo-alt
June 7, 2026
62 Views

“Saya Rela Tidak Pegang Jawatan Menteri Besar Daripada Duduk Semeja Dengan DAP,”- Onn Hafiz Ghazi

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan beliau sanggup tidak memegang jawatan Menteri Besar sekiranya perlu bekerjasama dengan DAP selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Menurut Utusan,kerjasama antara BN khususnya UMNO dan DAP tidak pernah wujud di Johor, berbeza dengan situasi di peringkat persekutuan. “InshaAllah apabila kerajaan negeri kita ditubuhkan kembali... Read More

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan beliau sanggup tidak memegang jawatan Menteri Besar sekiranya perlu bekerjasama dengan DAP selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut Utusan,kerjasama antara BN khususnya UMNO dan DAP tidak pernah wujud di Johor, berbeza dengan situasi di peringkat persekutuan.

“InshaAllah apabila kerajaan negeri kita ditubuhkan kembali dengan perkenan Tuanku Sultan Johor dan Pemangku Sultan Johor, jika kita diberikan mandat untuk pimpin sekali lagi, kita tidak akan sesekali bersama dengan DAP dalam kerajaan negeri BN.

“Saya lebih rela tidak memegang jawatan Menteri Besar daripada perlu duduk semeja dengan mereka, ini semangat Johor, Bangsa Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Negeri Johor di Stadium Tertutup Kompleks EduCity, Iskandar Puteri, hari ini.

Onn Hafiz turut menegaskan pendirian itu mencerminkan semangat Bangsa Johor dalam menghadapi PRN yang bakal diadakan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading