theme-sticky-logo-alt
June 6, 2026
193 Views

“Apa Yang Berlaku Di Negeri Sembilan Tidak Harus Berulang Di Mana-Mana, “- Aminuddin Harun

BATU PAHAT – Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang didakwa tidak konsisten dalam memberikan sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan sehingga menimbulkan ketidakstabilan politik di negeri itu. Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, keputusan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat merupakan langkah terbaik bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mendapat sokongan yang... Read More

BATU PAHAT – Naib Presiden PKR, Datuk Seri Aminuddin Harun mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang didakwa tidak konsisten dalam memberikan sokongan kepada kerajaan Negeri Sembilan sehingga menimbulkan ketidakstabilan politik di negeri itu.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, keputusan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat merupakan langkah terbaik bagi memastikan kerajaan yang dibentuk mendapat sokongan yang jelas.

Menurutnya, keadaan tersebut berlaku ketika pentadbiran negeri berada dalam keadaan baik sebelum dikhianati oleh pihak yang sebelum ini bersama mereka.

“Malangnya, sahabat kita ketika itu, mereka tidak sabar. Mereka mengkhianati kita dan mereka tebuk kapal yang kita dalam keadaan yang sedang berlayar dengan baik. Inilah bukti kepada kita semua.

“Rakyat Johor harus ingat dan insaf, bahawa apa yang berlaku di Negeri Sembilan ini tidak harus berulang di mana-mana.

“Kita tak nak dalam keadaan kita menghormati, saling hormat-menghormati, saling beri-memberi, memastikan kelancaran kerajaan negeri berjalan dengan baik, tiba-tiba okey mereka tebuk kapal yang kita sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan di Kim’s Park Business Centre di Batu Pahat, pada Sabtu.- Sinar Harian

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading