theme-sticky-logo-alt
June 3, 2026
83 Views

“Rakyat Johor Sudah Siap Siaga Menghumban Kerajaan UMDAP Dalam PRN Johor Kali Ini,”-Alias Rasman

JOHOR BAHRU – Ketua Angkatan Armada Bersatu Johor, Alias Rasman, mendakwa rakyat negeri itu tidak lagi mudah terpengaruh dengan naratif bahawa Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. Menurut Malaysia Gazette,beliau berkata dakwaan BN bertanding tanpa kerjasama dengan mana-mana parti hanyalah strategi politik yang terus dimainkan bagi... Read More

JOHOR BAHRU – Ketua Angkatan Armada Bersatu Johor, Alias Rasman, mendakwa rakyat negeri itu tidak lagi mudah terpengaruh dengan naratif bahawa Barisan Nasional (BN) akan bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Menurut Malaysia Gazette,beliau berkata dakwaan BN bertanding tanpa kerjasama dengan mana-mana parti hanyalah strategi politik yang terus dimainkan bagi meyakinkan pengundi.

“Biarpun naratif ‘UMNO-BN tanding solo’ terus rancak dimainkan, akan tetapi rakyat Johor bijak dan sedar UMNO akan terus mengekalkan kerjasama politik dengan PH termasuk DAP.

“Khususnya apabila mereka tidak mampu menubuhkan kerajaan negeri bersendirian selepas pilihan raya negeri nanti. Kerajaan Negeri Johor-Kerajaan UMDAP berkemungkinan menjadi strategi dan pilihan kedua mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alias turut mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin, yang dilaporkan berkata PRN Johor tidak akan menjejaskan kedudukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“UMNO-BN mahu bertanding secara solo di Johor tetapi pada masa yang sama terus mempertahankan hubungan politik dengan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutuan.

“Armada Negeri Johor yakin rakyat Johor sudah siap siaga menghumban Kerajaan UMDAP dalam PRN Johor kali ini,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading