KUALA LUMPUR – Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berharap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedar bahawa tiada rakyat Malaysia yang “waras” mahukan kembali kepada era sistem satu parti dominan yang menentukan segala-galanya untuk rakyat.
Beliau berkata, landskap politik negara telah berubah dan zaman dominasi satu parti sudah berakhir selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.
Menurutnya, perkara itu dapat dilihat melalui keputusan PRU 2022 di Johor apabila BN hanya memenangi sembilan daripada 26 kerusi Parlimen, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh 15 kerusi.
Dalam masa sama, beliau berkata PRU akan datang dijangka menyaksikan PH dan Perikatan Nasional (PN) kekal sebagai dua gabungan besar, manakala BN dilihat semakin hilang sokongan popular.
“Sementara kita mengakui BN mempunyai kelebihan dalam PRN Johor, faktanya ialah kemenangan di peringkat negeri tidak semestinya menjamin kejayaan pada PRU akan datang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.








