theme-sticky-logo-alt
June 3, 2026
149 Views

“Aku Pernah Diludah Ke Muka Oleh Seorang Pakcik” -Marina Ibrahim

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim menepis dakwaan kononnya beliau takut untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu. Menerusi satu hantaran di media sosial, Marina menggesa pihak tertentu supaya tidak menyebarkan naratif yang mengelirukan masyarakat berhubung keputusannya. “Takkan sampai aku nak cerita lagi macam mana aku dengan seorang kawan perempuan Cina masuk berdua... Read More

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Marina Ibrahim menepis dakwaan kononnya beliau takut untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Marina menggesa pihak tertentu supaya tidak menyebarkan naratif yang mengelirukan masyarakat berhubung keputusannya.

“Takkan sampai aku nak cerita lagi macam mana aku dengan seorang kawan perempuan Cina masuk berdua sahaja berjalan di Felda masa kempen edar flyers jumpa orang kampung.

“Aku seorang perempuan Melayu yang pernah berkempen dan diludah ke muka oleh seorang pakcik. Kau rasa aku kisah ke?” katanya.

Marina turut mengimbau pengalamannya membuat persiapan pada 2021 untuk bertanding di DUN Layang-Layang dan berdepan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menurutnya, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022, beliau juga pernah menjadi pengurus kempen di Parlimen Mersing yang mempunyai 76 peratus pengundi Melayu.

“Ini bukan pasal menang tak menang. Gopalakrishnan dari PKR pun boleh menang di Tiram pada tahun 2018 dengan majoriti 1,500 lebih.

“Keputusan aku tak ada kaitan dengan cerita konon merajuk, nak duduk tempat selesa. Mengarut,” katanya lagi. -Malaysia Gazette

 

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading