theme-sticky-logo-alt
June 2, 2026
19 Views

“Malaysia Berhak Tuntut Pampasan,”-Khaled Nordin

KUALA LUMPUR — Malaysia berhak menuntut pampasan sewajarnya daripada Norway serta syarikat berkaitan susulan pembatalan lesen eksport peluru berpandu antikapal Naval Strike Missile (NSM) ke negara ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Menurut Bernama, tuntutan tersebut wajar memandangkan Malaysia telah menanggung kerugian kewangan selain kehilangan masa dan peluang yang bernilai akibat keputusan... Read More

KUALA LUMPUR — Malaysia berhak menuntut pampasan sewajarnya daripada Norway serta syarikat berkaitan susulan pembatalan lesen eksport peluru berpandu antikapal Naval Strike Missile (NSM) ke negara ini, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut Bernama, tuntutan tersebut wajar memandangkan Malaysia telah menanggung kerugian kewangan selain kehilangan masa dan peluang yang bernilai akibat keputusan berkenaan.

“Sejumlah besar wang rakyat telah diperuntukkan bagi program itu. Sekiranya Norway memaklumkan lebih awal mengenai pembatalan lesen eksport berkenaan, dana tersebut boleh dimanfaatkan untuk tujuan lain,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamed Khaled berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang memetik seorang penganalisis pertahanan menggesa Malaysia melupakan perjanjian NSM tersebut dan mencari alternatif lain.

Beliau berkata, Malaysia sememangnya sedang meneruskan usaha mencari penyelesaian alternatif bagi memenuhi keperluan pertahanan negara.

Bagaimanapun, katanya, tindakan yang berlaku tanpa akauntabiliti tidak boleh diterima atau dilupakan begitu sahaja.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading