theme-sticky-logo-alt
June 2, 2026
26 Views

DUN Johor Bubar: “Gendang Perang Telah Berbunyi, Bersedia, Berjuang Dan Melakar Kemenangan,”-Dominic Lau

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa seluruh jentera dan ahli parti supaya bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat. Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, langkah itu perlu diambil susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, selain jangkaan bahawa Melaka dan Negeri Sembilan... Read More

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menggesa seluruh jentera dan ahli parti supaya bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, langkah itu perlu diambil susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, selain jangkaan bahawa Melaka dan Negeri Sembilan akan mengambil tindakan yang sama.

Menurut beliau, PRN yang bakal berlangsung bukan sekadar satu pilihan raya biasa, sebaliknya menjadi ujian terhadap perpaduan, disiplin dan semangat juang dalam kalangan anggota parti.

“Saya menyeru seluruh jentera dan ahli parti supaya bersiap siaga mulai sekarang. Perkukuhkan organisasi, rapatkan hubungan dengan rakyat dan tingkatkan usaha penerangan.

“Peluang sentiasa berpihak kepada mereka yang bersedia, dan kemenangan milik pasukan yang tidak pernah berputus asa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Dominic berkata, semua anggota parti perlu menghadapi PRN yang bakal tiba dengan keyakinan, kesatuan dan semangat perjuangan yang tinggi demi membawa suara rakyat serta memperkukuhkan perjuangan parti.

“Bersatu kita teguh, bergerak kita mara. PRN semakin hampir, misi mesti berjaya,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau turut menyifatkan persiapan pilihan raya perlu dipertingkatkan segera bagi menghadapi cabaran politik semasa.

“Gendang perang telah berbunyi, jentera bergerak sepenuh hati. Bersedia, berjuang dan melakar kemenangan,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading