theme-sticky-logo-alt
June 3, 2026
41 Views

Aminuddin Harun Batal Sidang Media Pada Saat Akhir

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun membatalkan sidang media yang dijadualkan berlangsung di Bilik Gerakan Wisma Negeri pada saat akhir kerana mempunyai urusan penting. Sidang media itu sepatutnya diadakan pada jam 1.30 tengah hari selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap pagi... Read More

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun membatalkan sidang media yang dijadualkan berlangsung di Bilik Gerakan Wisma Negeri pada saat akhir kerana mempunyai urusan penting.

Sidang media itu sepatutnya diadakan pada jam 1.30 tengah hari selepas beliau menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap pagi tadi.

Pembatalan tersebut dimaklumkan kepada pengamal media yang menunggu di Wisma Negeri oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah.

“Sidang media Menteri Besar yang dijadualkan pada jam 1.30 tengah hari ini ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

“YAB Menteri Besar mempunyai urusan penting,” katanya ketika ditemui.

Menurut Ahmad Shahir, Aminuddin sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) yang bermula pada jam 11 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari.

Terdahulu, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menghadap Tuanku Muhriz selama lebih sejam pada sebelah pagi.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading