theme-sticky-logo-alt
June 1, 2026
43 Views

DUN Johor DiBubarkan Berkuatkuasa Hari Ini

JOHOR BAHRU — Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. Menurut Utusan, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pembubaran itu telah diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim, selepas beliau menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, pagi tadi.... Read More

JOHOR BAHRU — Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Menurut Utusan, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata pembubaran itu telah diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim, selepas beliau menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, pagi tadi.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang media khas di kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

“Watikah pembubaran DUN Johor ke-15 telah diperkenankan berkuat kuasa hari ini, selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.

“Pembubaran ini dibuat bagi memberi laluan kepada proses demokrasi. Keputusan ini dibuat dengan niat memastikan rakyat Johor terus memiliki kerajaan yang stabil dan kukuh,” katanya.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung tarikh pembubaran DUN Johor dan membuka laluan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian bagi PRN Johor ke-16.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading