theme-sticky-logo-alt
June 1, 2026
40 Views

“Individu Yang Menolak Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara,”– Agong

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia. Baginda bertitah, Rukun Negara yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 merupakan aku janji dan ikrar setiap rakyat Malaysia untuk membina semula perpaduan kaum serta menjamin keharmonian masyarakat. “Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak... Read More

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia.

Baginda bertitah, Rukun Negara yang diperkenalkan pada 31 Ogos 1970 merupakan aku janji dan ikrar setiap rakyat Malaysia untuk membina semula perpaduan kaum serta menjamin keharmonian masyarakat.

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak agar menghayati setiap prinsip Rukun Negara dan menjadikannya amalan serta garis panduan hidup sebagai rakyat Malaysia.

“Jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tersebut, saya menasihati agar dia tidak layak digelar sebagai warganegara Malaysia,” titah baginda.

Sultan Ibrahim bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

Baginda menegaskan bahawa Rukun Negara menjadi asas penting dalam memupuk perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading