theme-sticky-logo-alt
June 1, 2026
25 Views

“Kuota Budi95 Kekal 200 Liter, “-MOF

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan kuota bulanan Program BUDI95 kekal pada kadar 200 liter sebulan bagi penerima yang layak, termasuk untuk bulan Jun 2026. Penjelasan itu dibuat susulan kekeliruan dalam kalangan pengguna selepas sebahagian mereka mendapati had bulanan yang dipaparkan dalam sistem BUDI95 menunjukkan kuota 150 liter. Menurut MOF, paparan tersebut berlaku ketika... Read More

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) menegaskan kuota bulanan Program BUDI95 kekal pada kadar 200 liter sebulan bagi penerima yang layak, termasuk untuk bulan Jun 2026.

Penjelasan itu dibuat susulan kekeliruan dalam kalangan pengguna selepas sebahagian mereka mendapati had bulanan yang dipaparkan dalam sistem BUDI95 menunjukkan kuota 150 liter.

Menurut MOF, paparan tersebut berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan sistem dijalankan pada jam 11 malam, 31 Mei lalu.

Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu memaklumkan bahawa paparan berkenaan berpunca daripada ralat teknikal yang telah dikenal pasti dan diperbetulkan.

“Paparan tersebut adalah disebabkan oleh ralat teknikal sistem yang telah dikenal pasti dan diperbetulkan,” menurut kenyataan itu.

MOF turut menegaskan bahawa tiada sebarang perubahan dibuat terhadap had bulanan Program BUDI95 seperti yang dipaparkan sebelum ini.

Menurut kementerian itu, pelaksanaan program berkenaan akan terus dipastikan berjalan lancar, telus dan teratur bagi melindungi kepentingan rakyat serta memastikan subsidi bersasar disalurkan kepada golongan yang layak.

“Segala kekeliruan berkenaan ralat ini amat dikesali,” katanya.- Astro Awani

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading