theme-sticky-logo-alt
May 28, 2026
75 Views

Isu Tren LRT Tergelincir: “Pihak APAD Sudah Buka Kertas Siasatan Bagi Insiden Berkenaan,”-Anthony Loke

PUTRAJAYA — Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat insiden tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling yang tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin pagi tadi. Menurut BERNAMA, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dapatan siasatan pasukan petugas itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan diumumkan kepada orang ramai secepat mungkin. Menurut beliau, Agensi... Read More

PUTRAJAYA — Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyiasat insiden tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling yang tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin pagi tadi.

Menurut BERNAMA, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dapatan siasatan pasukan petugas itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan diumumkan kepada orang ramai secepat mungkin.

Menurut beliau, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) turut diarahkan mengambil tindakan hukuman paling maksimum terhadap pengendali perkhidmatan, Prasarana Malaysia Bhd.

“Pihak APAD sudah membuka kertas siasatan terhadap insiden ini serta-merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian itu, sebuah tren Laluan Ampang/Sri Petaling dilaporkan tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan berhampiran Stesen Chan Sow Lin, sekali gus menjejaskan jadual perkhidmatan.

Rapid KL dalam kenyataan berasingan memaklumkan insiden berkenaan berpunca daripada kerosakan suis landasan yang menyebabkan tren tidak dapat bergerak.

Ketika kejadian, seramai 25 penumpang berada dalam tren terbabit dan semuanya berjaya dipindahkan dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Mengulas lanjut, Loke berkata Ahli Lembaga Pengarah serta pasukan pengurusan Prasarana tidak boleh terus mengamalkan sikap “operasi berjalan seperti biasa” susulan insiden itu.

Beliau menegaskan tiada mana-mana pihak dalam pengurusan tertinggi Prasarana akan terkecuali daripada dipertanggungjawabkan.

“Piawaian keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan awam bukan sesuatu yang boleh dikompromikan.

“Tindakan serius termasuk pemecatan perlu diambil pihak Lembaga Pengarah Prasarana terhadap mana-mana pihak yang cuai dalam tanggungjawab mereka untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap kebolehpercayaan perkhidmatan sistem rel di bawah kendalian Prasarana,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading