KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memanfaatkan cuti Aidiladha dengan membeli beberapa buku kegemarannya daripada pelbagai bidang termasuk sastera, sambil mencari ruang untuk terus belajar dan merenung perjalanan zaman yang disifatkannya semakin mencabar.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata buku mengajar seseorang untuk lebih sabar berfikir, lebih matang menilai dan tidak mudah tenggelam dalam budaya menghukum atau sensasi yang singkat usianya.
”Buku mengajar seseorang untuk lebih sabar berfikir, lebih matang menilai dan tidak mudah tenggelam dalam budaya menghukum atau sensasi yang singkat usianya,”Katanya
Dalam hantaran sama, Anwar turut memaklumkan beliau akan melancarkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 sebagai tanda sokongan berterusan terhadap budaya ilmu dan pembacaan dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda.








