theme-sticky-logo-alt
May 27, 2026
33 Views

“ Saya Sedia Beri Kerjasama Dengan Pihak Polis, “- Azam Baki

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki menegaskan beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada polis berhubung siasatan dakwaan ugutan jenayah yang mengaitkan namanya. Menurut Azam, beliau telah berhubung dengan pihak polis dan bersedia memberikan keterangan bagi membantu siasatan dijalankan. Pada masa sama, beliau menyifatkan dakwaan yang dibuat ahli perniagaan,... Read More

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki menegaskan beliau akan memberikan kerjasama penuh kepada polis berhubung siasatan dakwaan ugutan jenayah yang mengaitkan namanya.

Menurut Azam, beliau telah berhubung dengan pihak polis dan bersedia memberikan keterangan bagi membantu siasatan dijalankan.

Pada masa sama, beliau menyifatkan dakwaan yang dibuat ahli perniagaan, Albert Tei sebagai tidak berasas serta menafikan pernah mempunyai sebarang urusan atau hubungan dengan individu berkenaan.

“Saya tidak pernah berurusan dan tidak pernah berkomunikasi dengannya serta tidak pernah menghantar peguam saya untuk bercakap dengannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau turut mengalu-alukan siasatan terhadap dakwaan itu, namun menggesa supaya siasatan turut dijalankan terhadap Tei selain memaklumkan sedang mempertimbangkan tindakan saman.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, M. Kumar berkata polis akan memanggil Azam dalam masa terdekat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Siasatan itu dibuat susulan laporan polis yang difailkan Tei pada 13 Mei lalu, selepas beliau mendakwa menerima ancaman daripada Azam ketika cuba mendedahkan dakwaan skandal rasuah membabitkan ahli politik di Sabah. – BERNAMA

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading