theme-sticky-logo-alt
May 22, 2026
58 Views

Isu PAS Dan BERSATU: Kita Sabar Tapi Ada Batas,”-Abdul Hadi Awang

MARANG – Abdul Hadi Awang berkata Pas sedang menilai semula hubungan serta kerjasama politik dengan Muhyiddin Yassin dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Menurut Utusan, parti berkenaan turut mempertimbangkan kemungkinan bergerak tanpa Bersatu sekiranya gagal mencapai persefahaman dalam kerjasama sedia ada. Beliau berkata, semua aspek berkaitan hubungan antara kedua-dua... Read More

MARANG – Abdul Hadi Awang berkata Pas sedang menilai semula hubungan serta kerjasama politik dengan Muhyiddin Yassin dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurut Utusan, parti berkenaan turut mempertimbangkan kemungkinan bergerak tanpa Bersatu sekiranya gagal mencapai persefahaman dalam kerjasama sedia ada.

Beliau berkata, semua aspek berkaitan hubungan antara kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional (PN) sedang dikaji secara menyeluruh berdasarkan pengalaman pilihan raya lalu.

“Kita akan kaji satu persatu apa yang akan berlaku selepas ini. Semua aspek akan dilihat termasuk kesan positif dan negatif terhadap kerjasama sedia ada.

“Kita sabar, kita tidak kecewa tetapi sabar ada batas,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Kuliah Dhuha di Rusila, hari ini.

Hadi berkata, Pas mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak mahu membuat keputusan secara tergesa-gesa berhubung hala tuju kerjasama politik parti itu menjelang PRU16.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading