theme-sticky-logo-alt
May 23, 2026
87 Views

“Kita Tidak Boleh Bergantung Kepada Tenaga Buruh Asing Yang Murah, “-Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR — Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada tenaga buruh asing murah sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara. Menurut Awani, Perdana Menteri berkata, jumlah pekerja asing di negara ini yang kini melebihi dua juta orang perlu diberi perhatian serius kerana keadaan itu tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa kawalan. “Mesti ada kebimbangan... Read More

KUALA LUMPUR — Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada tenaga buruh asing murah sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.

Menurut Awani, Perdana Menteri berkata, jumlah pekerja asing di negara ini yang kini melebihi dua juta orang perlu diberi perhatian serius kerana keadaan itu tidak boleh dibiarkan berterusan tanpa kawalan.

“Mesti ada kebimbangan dan kita perlu menerima hakikat bahawa keadaan itu tidak boleh berterusan begitu sahaja.

“Kebanyakan negara, apabila industri melonjak ke tahap lebih tinggi, akan sedar bahawa tidak boleh hanya bergantung kepada tenaga buruh asing yang murah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Top Glove Corporation Bhd, Lim Wee Chai.

Soalan itu dikemukakan semasa Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri Ke-12 bertajuk ‘Memacu Kedudukan Malaysia dalam Gelombang Baharu Aliran Modal Global’ yang berlangsung di ibu pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Kuala Lumpur.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading