theme-sticky-logo-alt
May 22, 2026
43 Views

“Bekalan Tenaga Malaysia Cukup Hingga Julai,”-Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Bekalan tenaga Malaysia dijangka terus mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Julai ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Insya-Allah cukup,” katanya ringkas. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin Wangsa Maju di sini hari ini. Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah... Read More

KUALA LUMPUR – Bekalan tenaga Malaysia dijangka terus mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Julai ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Insya-Allah cukup,” katanya ringkas.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin Wangsa Maju di sini hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan sedang berusaha memastikan keterjaminan bekalan tenaga negara sehingga Disember ini susulan krisis bekalan global yang menjejaskan rantaian ekonomi dan meningkatkan kos tenaga.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, setakat ini, bekalan tenaga negara dijangka mencukupi hingga Julai dan usaha sedang dipergiatkan termasuk mendapat sumber bekalan tambahan dari luar negara.

Pada masa sama, Perdana Menteri mengingatkan walaupun bekalan mencukupi bagi kegunaan domestik, potensi gangguan harga susulan ketidaktentuan tenaga global adalah sesuatu yang tidak dapat dielak.

“Setakat ini, unjuran bagi Mei dan Jun (menunjukkan) kemungkinan berlaku gangguan harga, namun (dari segi) bekalan untuk beberapa bulan akan datang, kita pasti mengenainya,” kata beliau dalam sesi soal jawab di acara Dialog Kuala Lumpur-Ankara 2026 baru-baru ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading