theme-sticky-logo-alt
May 20, 2026
104 Views

“Itu Bukan Kebebasan Bersuara, Itu Biadab,”- Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki menyelar tindakan Tony Pua yang didakwa mempersenda titah Sultan serta Institusi Raja. Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata, Pengerusi Jawatankuasa Displin DAP berkenaan yang kononnya memahami Perlembagaan tidak sepatutnya bersikap biadab terhadap Institusi Raja. “Konon celik Perlembagaan, tetapi dangkal adab terhadap Institusi Raja. Bila titah... Read More

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki menyelar tindakan Tony Pua yang didakwa mempersenda titah Sultan serta Institusi Raja.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata, Pengerusi Jawatankuasa Displin DAP berkenaan yang kononnya memahami Perlembagaan tidak sepatutnya bersikap biadab terhadap Institusi Raja.

“Konon celik Perlembagaan, tetapi dangkal adab terhadap Institusi Raja. Bila titah Sultan dipersenda, itu bukan kebebasan bersuara, itu biadab,” katanya.

Beliau turut mengkritik Tony Pua dengan menyifatkan bekas Ahli Parlimen itu sebagai “bagai kaduk sudah naik junjung” serta mendakwa beliau lupa adab dan batas.

Dalam hantaran sama, Asyraf menegaskan pendirian UMNO untuk terus bersama institusi diraja.

“UMNO bersama Tuanku!” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading