theme-sticky-logo-alt
May 19, 2026
308 Views

“Saya Akan Mematuhi Undang-Undang Berasaskan Perlembagaan Bukan Pada Titah, “-Tony Pua

PETALING JAYA – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tony Pua,menggesa rakyat Malaysia supaya memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara serta Perlembagaan Persekutuan dalam konteks sistem pemerintahan negara. Menurutnya, Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang menetapkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan institusi diraja tertakluk kepada peranan tertentu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan. “Kuasa raja berbeza sedikit antara negeri,... Read More

PETALING JAYA – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tony Pua,menggesa rakyat Malaysia supaya memahami dan menghayati prinsip Rukun Negara serta Perlembagaan Persekutuan dalam konteks sistem pemerintahan negara.

Menurutnya, Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan yang menetapkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan institusi diraja tertakluk kepada peranan tertentu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.

“Kuasa raja berbeza sedikit antara negeri, namun secara umumnya terhad kepada perkara melibatkan adat Melayu, Islam serta fungsi perlembagaan seperti pelantikan Menteri Besar dan perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Beliau berkata, Malaysia bukan sebuah negara yang membolehkan institusi diraja mengeluarkan dekri yang mengikat dalam semua aspek kehidupan rakyat.

“Kita mempunyai Parlimen dan DUN yang dianggotai wakil rakyat dipilih oleh rakyat untuk menggubal undang-undang dan membuat keputusan,” katanya lagi.

Tambah beliau, perkara itu selaras dengan prinsip Rukun Negara khususnya prinsip kedua, ketiga dan keempat iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan serta Kedaulatan Undang-Undang.

“Ya, saya setia kepada Raja dan Negara serta akan mematuhi kedaulatan undang-undang berasaskan Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara, bukannya berdasarkan titah,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading