Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh mendakwa mempunyai bukti berasaskan cap masa yang menunjukkan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sudah menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) pada Sabtu, sekali gus melanggar bon pilihan raya 2022 mereka dengan PKR.
Menurut Harian Metro,dia berkata bukti itu menyangkal garis masa yang dirancang kedua-dua mereka bagi mengelak membayar penalti RM10 juta setiap seorang kepada PKR.
Bon pilihan raya itu mewajibkan calon PKR kekal bersama parti sehingga tamat penggal.
Semalam, ketika mengumumkan rancangan mereka untuk melompat ke Bersama, Rafizi dan Nik Nazmi berkata mereka akan menyerahkan peletakan jawatan sebagai ahli parlimen hari ini, sebelum keluar PKR dan menyertai Bersama esok.
Menurut Rafizi, urutan peristiwa itu akan membatalkan bon pilihan raya mereka dengan PKR, yang katanya hanya terpakai kepada mereka yang mengekalkan kerusi.
Bagaimanapun, Fuziah berkata bukti menunjukkan kedua-dua mereka sudah melompat ke Bersama pada Sabtu.
“”Dengan cara itu mereka mengatakan bahawa Akta Anti Lompat Parti itu tidak terpakai. Tetapi saya ada bukti bahawa mereka telah pun masuk Parti Bersama Malaysia, ‘timestampnya’ 17 hari bulan (semalam).
“Kalau ikut perlembagaan parti, maka mereka sudah pun lompat parti pada 17 hari bulan (Mei), sebelum mereka mengosongkan kerusi mereka pada hari ini,” kata seperti dipetik Harian Metro.








