KUALA LUMPUR – Cadangan penarikan subsidi bahan api terhadap golongan berpendapatan tinggi terus mencetuskan perbahasan apabila Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan masyarakat supaya tidak terlalu mudah mentafsir kategori T20 dan M40 hanya berdasarkan pendapatan kasar isi rumah.
Beliau berkata, pendapatan isi rumah sekitar RM13,000 sebulan di bandar besar seperti Kuala Lumpur tidak semestinya menggambarkan sesebuah keluarga berada dalam kelompok benar-benar selesa.
Menurut Malaysia kini, faktor tanggungan keluarga termasuk anak yang masih bersekolah dan melanjutkan pengajian di universiti perlu diambil kira sebelum sesuatu isi rumah dikategorikan sebagai T20.
“Hati-hati menafsir kategori T20 atau M40. Pendapatan isi rumah RM13,000 tinggal di bandar seperti KL, anak lima orang masih bersekolah dan universiti boleh jatuh ke M40, bahkan B40.
“Mara ambil kira semua ini sebelum luluskan pembiayaan,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat.








