GEORGE TOWN — Pegawai penyiasat yang mengendalikan siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang memberitahu mahkamah sesyen hari ini bahawa bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bukan “sasaran utama” pihak berkuasa dalam siasatan tersebut.
Menurut FMT,Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Zulhilmi Halim berkata satu pasukan petugas ditubuhkan pada 2018 bagi meneliti setiap aspek projek berkenaan serta menyemak kenyataan saksi.
Menurutnya, beliau secara rasmi mengambil alih tugas sebagai pegawai penyiasat pada Jun 2020.







