KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggesa Parti Islam Se-Malaysia dan Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh supaya mengemukakan cadangan konstruktif bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), bukan sekadar membantah penganjuran program pelancongan.
“ Saya menggesa pihak PAS dan Dr Akmal Saleh untuk berhenti sekadar membantah, sebaliknya mereka mesti membentangkan cadangan yang membina bagi menarik pelancong asing serta merangsang ekonomi tempatan sempena VM2026.
Beliau hairan apabila kedua-dua pihak yang lantang menolak program tarikan pelancong ini gagal mengemukakan sebarang alternatif yang konstruktif untuk memacu industri pelancongan negara.
“Kita tidak boleh membiarkan imej Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia terjejas akibat dasar sempit yang akhirnya merosakkan ekonomi rakyat,”
“Jangan jadikan Malaysia sebuah negara yang “lesu” pelancongannya seperti mana yang berlaku di Langkawi akibat imej dan dasar kerajaan negeri pimpinan PAS,”Katanya menerusi kenyataan di media sosial








