theme-sticky-logo-alt
May 4, 2026
28 Views

“Sebanyak 280 Laporan Polis Diterima,”-Shazeli Kahar

SHAH ALAM- Sebanyak 280 laporan polis diterima setakat semalam berhubung penularan satu karikatur di media sosial yang mengandungi unsur penghinaan terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 25 April lalu. Menurut Malaysia Gazette, Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata laporan itu dibuat oleh pelbagai pihak dari seluruh negara sebagai kecaman terhadap tindakan provokasi berkenaan. Siasatan dijalankan... Read More

SHAH ALAM- Sebanyak 280 laporan polis diterima setakat semalam berhubung penularan satu karikatur di media sosial yang mengandungi unsur penghinaan terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 25 April lalu.

Menurut Malaysia Gazette, Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar berkata laporan itu dibuat oleh pelbagai pihak dari seluruh negara sebagai kecaman terhadap tindakan provokasi berkenaan.

Siasatan dijalankan di bawah rujukan Bandar Kinrara RPT: 4809/26 dan diklasifikasikan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Siasatan kini giat dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengesan serta menangkap pelaku yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, fokus utama adalah untuk mengenal pasti individu yang terlibat dalam perbuatan yang mencemar kedaulatan institusi diraja.

Dalam pada itu, Shazeli menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya proses tersebut kepada pihak berkuasa.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading