Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan pasukan Israel Occupation Forces (IOF) menahan aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 sebagai “kerja gila” dan tidak menghormati prinsip kemanusiaan.
Menurut Awani Beliau berkata, serangan terhadap flotila kemanusiaan di perairan antarabangsa semalam jelas melanggar norma asas kemanusiaan.
“Kebanyakan mereka ditahan di perairan antarabangsa, ini kerja gila dan tidak menghormati langsung prinsip (kemanusiaan),” katanya.
Dalam pada itu, beliau mengesahkan telah berhubung dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia serta pemimpin Negara-Negara Teluk bagi mencari jalan untuk membebaskan aktivis yang ditahan.
“Kini kita mengambil ikhtiar menghubungi sahabat-sahabat kita di Negara-Negara Teluk untuk mencari jalan untuk melepaskan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Iman, hari ini.








