UMNO menegaskan bahawa setiap penganjuran program perlu berlandaskan prinsip yang jelas dan tidak mengabaikan nilai, adab, sensitiviti agama serta norma masyarakat tempatan.
Menurut Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , pandangan yang dikemukakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan perlu dipandang serius serta wajar dihormati kerana mencerminkan kebimbangan sebahagian besar rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, UMNO memaklumkan bahawa pihaknya telah meminta agar program seumpama berkenaan diteliti semula, khususnya dari segi konsep, kandungan dan pelaksanaan.
Tambahnya, garis panduan berkaitan juga perlu diperkemas dan diperketatkan bagi memastikan setiap penganjuran selari dengan nilai budaya, agama serta identiti negara.
“Prinsip kita jelas berhibur tidak salah, tetapi mesti ada batas. Kemajuan boleh diteruskan, tetapi nilai tidak boleh tergugat,” Katanya
“Kemajuan boleh diteruskan, tetapi nilai tidak boleh tergugat. Penganjur wajar berbincang dengan pihak berkuasa agar keharmonian masyarakat terus terpelihara,” katanya.
Terdahulu, penganjuran Program Rain Rave Water Music Festival 2026 di Kuala Lumpur mencetuskan polemik apabila ia didakwa berpotensi menjejaskan nilai dan sensitiviti masyarakat tempatan.








