theme-sticky-logo-alt
April 26, 2026
39 Views

“Bagi saya SPRM Mesti Dilihat Bebas, Profesional Dan Berintegriti,”-Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR — Pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman, sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat mampu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi itu. Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata latar belakang Abdul Halim sebagai bekas hakim memberi nilai tambah dalam usaha memperkukuh integriti SPRM. “Saya menyambut baik... Read More

KUALA LUMPUR — Pelantikan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim Aman, sebagai ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat mampu meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi itu.

Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata latar belakang Abdul Halim sebagai bekas hakim memberi nilai tambah dalam usaha memperkukuh integriti SPRM.

“Saya menyambut baik pelantikan ini. Beliau seorang bekas hakim dan ini akan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap SPRM,” katanya kepada Bernama.

Menurutnya, pelantikan individu berintegriti penting bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap usaha membanteras rasuah.

Bagi rakyat dan juga bagi saya, yang penting ialah SPRM mesti terus dilihat bebas, profesional dan berintegriti. Saya percaya dengan kepimpinan baharu, beliau akan dilihat secara positif oleh rakyat,” katanya.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading