theme-sticky-logo-alt
April 26, 2026
31 Views

“Akmal Hanya Budak Catur Zahid, “-Sanusi Md Nor

MELAKA — PAS mendakwa Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, hanya bertindak sebagai “budak catur” kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi. Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata ADUN Merlimau itu dilihat lantang bersuara, namun tidak mempunyai kekuatan sendiri dalam menentukan hala tuju politik. “Akmal bukan kuat, Akmal suara deras... Read More

MELAKA — PAS mendakwa Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, hanya bertindak sebagai “budak catur” kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata ADUN Merlimau itu dilihat lantang bersuara, namun tidak mempunyai kekuatan sendiri dalam menentukan hala tuju politik.

“Akmal bukan kuat, Akmal suara deras saja. Dia jadi budak catur Zahid Hamidi,” katanya ketika berucap pada pelancaran jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) PAS Melaka di Bukit Katil, malam tadi.

Sanusi turut mengaitkan bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin, dengan situasi tersebut, mendakwa Akmal berada di bawah pengaruh tertentu dalam parti.

“Khairy Jamaluddin tidak tahu hendak pergi mana, dia masuk UMNO semula. Dia kata hendak datang Kedah, saya kata marilah,” katanya lagi.

Kenyataan itu dibuat ketika PAS mempergiat persiapan menghadapi PRN Melaka, dengan parti itu melihat peluang untuk meraih sokongan pengundi di negeri berkenaan.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading