theme-sticky-logo-alt
April 25, 2026
82 Views

“Saya Telah Berbincang Dengan Yang di-Pertuan Agong Untuk Memberi Beliau Tempoh Dua Tahun,”- Anwar Ibrahim

BUKIT MERTAJAM — Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan pelantikan Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai langkah yang sesuai untuk menerajui agensi berkenaan. Menurutnya, Abdul Halim mempunyai latar belakang dalam badan kehakiman selain tidak terlibat dalam mana-mana perniagaan besar atau parti politik di negara ini. “Jadi, saya fikir beliau... Read More

BUKIT MERTAJAM — Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyifatkan pelantikan Abdul Halim Aman sebagai Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai langkah yang sesuai untuk menerajui agensi berkenaan.

Menurutnya, Abdul Halim mempunyai latar belakang dalam badan kehakiman selain tidak terlibat dalam mana-mana perniagaan besar atau parti politik di negara ini.

“Jadi, saya fikir beliau sesuai menakhodai SPRM dan terus meningkatkan keupayaan SPRM.

“Saya telah berbincang dengan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim semalam untuk mempertimbangkan pelantikan beliau bagi tempoh dua tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pengiktirafan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai Pusat Transformasi Digital Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di NADI Kubang Semang, hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading