KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, mengingatkan bahawa kegagalan merombak struktur Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berisiko mengekalkan budaya penyalahgunaan kuasa, termasuk persepsi bahawa agensi itu digunakan sebagai ‘senjata’ politik.
Menurut Malaysia Kini, situasi berkenaan boleh berulang sekiranya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, dikekalkan tanpa sebarang perubahan terhadap sistem sedia ada.
“Bagi menunjukkan kesetiaannya kepada sesiapa sahaja PM yang baru jika dia (Azam Baki) mahu kekal dalam jawatannya, itu bermakna dia perlu memburu musuh PM baru tersebut.
“Dalam keadaan sekarang, apabila Perdana Menteri dilihat mempertahankan Tan Sri Azam Baki, maka kedua-duanya terpaksa saling mempertahankan antara satu sama lain,” katanya.
“Perdana menteri baharu mungkin akan mempersoalkan tindakan lalu dan menuntut kesetiaan baharu, sekali gus mencetuskan kitaran yang tidak sihat dalam institusi tersebut,” ujarnya lagi kepada pemberita ketika jelajah ceramah Himpunan Tangkap Azam Baki di ibu negara, malam tadi.








