theme-sticky-logo-alt
April 17, 2026
42 Views

“Pengguna Diesel Tak Boleh Work From Home,”-Wee Ka siong

Presiden MCA, Wee Ka Siong, mempersoalkan harga bahan api negara yang disifatkannya sebagai “pelik” dan tidak selari, khususnya melibatkan perbezaan ketara antara harga petrol RON95 dan diesel di Malaysia. Dalam satu kenyataan di media sosial, beliau berkata berdasarkan data laman Global Petrol Price, harga petrol RON95 negara iaitu RM1.99 seliter merupakan antara yang kesembilan paling... Read More

Presiden MCA, Wee Ka Siong, mempersoalkan harga bahan api negara yang disifatkannya sebagai “pelik” dan tidak selari, khususnya melibatkan perbezaan ketara antara harga petrol RON95 dan diesel di Malaysia.

Dalam satu kenyataan di media sosial, beliau berkata berdasarkan data laman Global Petrol Price, harga petrol RON95 negara iaitu RM1.99 seliter merupakan antara yang kesembilan paling murah di dunia.

Menurutnya, situasi itu menunjukkan wujud dua realiti berbeza dalam satu negara, apabila harga petrol kekal rendah tetapi diesel berada pada paras tinggi.

“Negara yang tak ada sumber minyak pun boleh kawal harga lebih baik daripada kita. Kenapa kita tidak?

“Jadi persoalannya, apa sebenarnya strategi kita? Sekarang, kerajaan perlu faham satu perkara asas iaitu diesel di Malaysia bukan digunakan oleh segelintir pemilik 4×4 sahaja.

“Majoriti penggunaan diesel datang daripada sektor pertanian dan industri. Forklift, mesin bajak, mesin menuai, generator, kren, lori kilang, semua ini bergantung kepada diesel. Ini bukan bahan api gaya hidup, ini bahan api ekonomi.

“Petrol, kita mungkin boleh kurangkan penggunaannya. Tapi, diesel nak kurangkan macam mana? Tak boleh work from home,” bidas Ka Siong dalam video yang dimuat naik di Facebook beliau.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading