theme-sticky-logo-alt
April 17, 2026
26 Views

“Saya Tiada Masalah Sekiranya Tak Ambil Gaji,”- Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Kerajaan berkata tiada halangan untuk mempertimbangkan pemotongan gaji menteri Kabinet sekiranya keadaan ekonomi negara semakin meruncing, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Berita Harian, bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa gaji menteri Kabinet adalah hak masing-masing, selagi mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik. “Macam saya, saya tidak ada masalah, saya tidak ambil gaji… tetapi gaji... Read More

CYBERJAYA: Kerajaan berkata tiada halangan untuk mempertimbangkan pemotongan gaji menteri Kabinet sekiranya keadaan ekonomi negara semakin meruncing, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Berita Harian, bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa gaji menteri Kabinet adalah hak masing-masing, selagi mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

“Macam saya, saya tidak ada masalah, saya tidak ambil gaji… tetapi gaji itu hak mereka selagi mereka kerja dengan baik, saya ingat munasabahlah.

“Bagaimanapun, (kerajaan) tidak ada halangan jika keadaan ekonomi lebih runcing, (ia) akan difikirkan,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya, di sini, hari ini.

15 49.0138 8.38624 both 1 bullet 1 4000 1 0 horizontal https://newmalaysianpost.com.my 50 0 1

Discover more from New Malaysian Post

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading