Empat lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol melarikan kira-kira 15 kilogram emas bernilai RM9.7 juta dalam rompakan di sebuah kedai emas di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di Kuala Lumpur, pagi tadi.
Menurut Bernama Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, suspek turut melarikan sepucuk senapang patah milik pengawal keselamatan premis itu bersama sebutir peluru.
“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadil berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan dan bersenjata.








