Ketua Pemuda UMNO, Akmal Saleh mengkritik cadangan seorang Ahli Parlimen DAP berhubung kemungkinan mengisytiharkan darurat susulan keadaan ekonomi semasa.
Menerusi satu hantaran di media sosial, beliau membandingkan situasi ekonomi ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini yang menurutnya turut berdepan krisis, namun tidak sampai kepada langkah mengisytiharkan darurat.
“Dulu zaman BN menjadi kerajaan kita menghadapi krisis ekonomi juga, tiada pula nak isytihar darurat,” katanya.
Beliau turut mendakwa krisis ekonomi yang berlaku ketika ini bukan hanya melibatkan Malaysia, sebaliknya turut dialami negara lain yang juga tidak mengambil langkah sedemikian.
“Hari ini krisis ekonomi berlaku pada negara lain juga, tapi tiada juga nak isytihar darurat,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Akmal menyifatkan cadangan berkenaan sebagai mencerminkan ketidakupayaan mentadbir negara dengan baik.
“Bila MP DAP cadang nak isytihar darurat, maknanya kamu yang sebenarnya tiada kebolehan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini dengan baik,” katanya.
“Maka yang perlu rakyat isytihar adalah humban kamu dari menjadi kerajaan. Bodoh!!!” katanya







